23 November 2015

Peruntukan khas RM7.84 juta disalur bantu SJKT


P. Kamalanathan (barisan kedua enam kanan) bersama wakil-wakil sekolah selepas Penyerahan Peruntukan Khas Penyelenggaraan Bagi Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan di Melaka Fasa Keenam di SJKT Alor Gajah, Melaka, semalam. BERNAMA
ALOR GAJAH 27 Okt. – Sebanyak RM7.84 juta telah disalurkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan bagi menaik taraf infrastruktur sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di beberapa buah negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, setakat ini sebanyak 111 buah SJKT di Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Se­langor dan Pulau Pinang telah menerima peruntukan di bawah Pakej Rancangan Khas 2013 berkenaan.

Menurutnya, peruntukan tersebut disalurkan kepada SJKT yang layak bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur agar murid-murid dapat menjalani sesi pembelajaran dalam suasana lebih selesa.

“Secara keseluruhannya, Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk disalurkan secara berperingkat kepada lebih 300 buah SJKT seluruh negara.

“Fasa bantuan berikutnya akan dilaksanakan di beberapa buah negeri lagi selain peruntukan khas penyelenggaraan kecil kepada SJKT bantuan kerajaan di Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Penyerahan Peruntukan Khas Penyelenggaraan Bagi Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan di Melaka Fasa Keenam di SJKT Alor Gajah, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari.

Pada majlis itu, sebanyak 12 SJKT di dua daerah negeri ini menerima peruntukan bernilai RM640,000 bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan.

Kata Kamalanathan, lima SJKT di daerah Jasin yang menerima peruntukan berkenaan adalah SJKT Batang Melaka, SJKT Ladang Bukit Kajang, SJKT Padang Diamond Jubilee, SJKT Ladang Serkam dan SJKT Jasin Lalang,

“Tujuh SJKT di daerah Alor Gajah pula ialah SJKT Ladang Gadek, SJKT Ladang Sungai Baru, SJKT Ladang Kemuning, SJKT Pulau Sebang, SJKT Ladang Tebong, SJKT Bukit Asahan dan SJKT Alor Gajah,” ujarnya.

Tambah beliau, pengagihan peruntukan tersebut ke seluruh negara dijangka dapat diselesaikan pada hujung bulan ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peruntukan-khas-rm7-84-juta-disalur-bantu-sjkt-1.151438

20 November 2015

Hari Perpaduan 2015

HARI PERPADUAN SJK(T) LADANG GADEK 2015

 Penasihat
PN.R.KAMALA DEVI (GURU BESAR)

Pengerusi
PN.R.VIJAYA

Penyelaras 
PN.P.KRISHNA VEVI

Ahli JawatanKuasa Kerja
Semua Guru dan Pekerja Sekolah

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka 2015