17 October 2012

PERKHEMAHAN PENGAKAP 2012

Warga SJK(T) Ladang Gadek telah menjalankan aktiviti Perkhemahan Pengakap di RSG Anjung Tasik Durian Tunggal Melaka pada 5 - 6 Oktober 2012.Seramai 30 murid menyertai perkhemahan ni yang dirancang oleh SJK(T) Ladang Gadek.Perasmian oleh Cik.S.Vasuki sebagai penyelia Sekolah Tamil,Jabatan pelajaran Negeri Melaka dan Perasmian penutup oleh En.S.Asogan  sebagai Penyelia Kanan Unit Bahasa telah memeriahkan lagi perjalanan perkhemahan ini.Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak RSG Anjung Tasik dan Jawatankuasa Induk Perkhemahan SJK(T)Ladang Gadek kerana menjalankan perkhemahan ini tanpa sebarang masalah.