21 July 2009

SEJARAH SEKOLAH (பள்ளியின் வரலாறு)

                                                      Sejarah Sekolah ( 1936 – 1997 )

                                                         GADEK ESTATE TAMIL SCHOOL ( 1936)
          SJK(T) LADANG GADEK 


Gadek Estate Tamil School telah ditubuhkan pada 1936 oleh masyarakat Kaum India Ladang Gadek.Bentuk asal bangunan ini pada dahulunya ialah sebuah rumah papan diubahsuai sebagai sekolah dan pada peringkat penubuhan,sekolah tidak mempunyai meja atau kerusi kepada murid-murid.Murid-murid terpaksa duduk di atas lantai.Selepas 13 tahun,nama sekolah telah ditukar pada tahun 1960 kepada SJK (T) Ladang Gadek,Pulau Sebang Melaka.

                                                      Sijil Pendaftaran Sekolah TEO 1957

Pada tahun 1961,sebuah bangunan baru talah dibina dengan 3 buah bilik darjah.Pada tahun 1973,sebuah bangunan tambahan telah dibina dengan sebuah bilik darjah,bilik Guru Besar,bilik guru dan tandas untuk lelaki dan perempuan serta sebuah bilik perpustakaan.Pada tahun 1994,sekolah telah mendapat bekalan talian elektrik bagi semua bilik darjah dan bangunan sekolah dan pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 1995,sekolah telah mendapat ruangan bilik sains.

                                              
                                                             SEJARAH PERKEMBANGAN

Latar Belakang Institusi  (1936).

Pada awal penubuhan nama institusi(sekolah) ialah Gadek Estate Tamil School dan pengasasnya tidak diketahui sehingga sekarang.Institusi ini ditubuhkan oleh masyarakat Kaum India Ladang Gadek pada tahun 1936.Nama Guru Besar yang pertama ialah Encik M.K.PonnusamyBilangan guru pada masa itu ialah seorang guru sahaja dan bilangan murid ialah 24 orang sahaja iaitu 10 murid lelaki dan 14 murid perempuan.


Sekarang ( 2008 – sekarang )

Nama Guru Besar yang bertugas sekarang ialah Pn.R.Kamala Devi (2008 - sekarang).Bilangan guru ialah seramai 11 orang termasuk Guru Besar dan bilangan murid ialah sebanyak 41 orang iaitu 20 murid lelaki dan 21 murid perempuan.Sekolah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik pemulihan,kantin dan kemudahan kelas,bilik guru yang memuaskan.Persekitaran sekeliling sekolah yang nyaman dan sesuai mewujudkan suasana yang baik kepada murid dan guru.


                                                                   Hadapan sekolah
                                                    Bangunan lama sekolah yang diubahsuai

                                             Bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1973

                                                                          Bilik Guru

                                                                  Bilik Perpustakaan

                                                                      Sudut bacaan PKJR

                                                                   Bilik Pemulihan